Kos penyelenggaraan sebuah teksi

Posted in Uncategorized with tags , , , , , , , , on Januari 18, 2014 by Arsad Mekanik

Pemandu teksi  adalah juga pengguna kereta seperti pemandu biasa yang menggunakan kereta sendiri.Mereka juga tidak dapat tidak terpaksa berdepan dengan kos penyelenggaraan kereta seperti menukar engine oil,tukar brake pad,tukar auto transmission oil dan sebagainya.

Jika dikira dan dicongak pemandu teksi sebenarnya adalah mereka yang paling banyak menyelenggara teksi dalam sebulan.Ini adalah kerana penggunaan kilometer yang banyak setiap hari dan purata mileage pemandu teksi adalah melebihi 50 kilometer sehari.maka sebab itulah semua teksi Malaysia mahupun luarnegara menggunakan NGV (Natural gas vehicle) sebagai bahanapi kerana harga yang agak rendah berbanding penggunaan.Penggunaan NGV untuk RM10 adalah sekitar 200 kilometer berbanding petrol yang hanya boleh digunakan kira-kira 40 kilometer untuk RM10 di Malaysia.

Mahupun begitu kos penyelenggaraan pula banyak ditanggung oleh pemandu teksi yang rata2 menukar brake pad kereta 2 kali dalam sebulan lebih2 lagi untuk pemandu teksi eksekutif Innova yang kebanyakannya membawa penumpang perjalanan jauh,manakala pemandu teksi yang kerap menghantar penumpang ke tempat tinggi seperti Genting Highland,Cameron Highland,Fraser Hill dan Langkawi adalah antara pemandu yang kerap menukar brake pad.

Perjalanan menggunakan teksi eksekutif adalah lebih kepada keselesaan serta ruang yang lebih untuk muatan dan penumpang,olehsebab itu kos selenggara akibat bebanan yang tinggi melebihi 100 kilogram setiap hari lebih memberikan tekanan kos selenggara keatas sistem suspension seperti shock absorber,absorber spring,absorber bush dan absorber bearing.

Image

Kos tukar untuk brake pad bagi teksi eksekutif seperti Toyota adalah sekitar rm200 untuk kedua roda depan manakala kos shock absorber satu saja mencecah hampir rm300 untuk jenama seperti kayaba manakala Monroe pula kosnya bertambah sekitar 20 peratus.Jadi tidak hairanlah meter perjalanan  bagi teksi eksekutif adalah RM6 berbanding RM2 untuk teksi awam. 

Kenaikan harga barangan di malaysia pula memberikan impak yang besar kepada kos selenggara teksi walaupun harga tambang tidak meningkat.Adakah pada masa akan datang harga tambang mungkin dinaikkan?harap-harap begitulah! Sekian.

 

 

 

 

 

airport taxi

Posted in airport taxi with tags , , , , , , , on Mac 14, 2013 by Arsad Mekanik

Airport taxi adalah carian yang paling banyak dalam mendapatkan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang,Carian ini amat mudah,jika anda inginkan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang,apa yang perlu anda lakukan ialah menaip carian airport taxi dan anda akan dibawa kepada tak kurang dari 614000 web yang menyiarkan pelbagai perkhidmatan teksi dalam Malaysia juga di luarnegara.

Jika anda berkunjung ke Amerika,Australia dsbnya anda juga boleh mencari carian ini dan seterusnya mendapatkan perkhidmatan dari banyak pemandu teksi dari seluruh pelosok dunia.Amsterdam,Calgary dsbnya adalah carian destinasi yang paling banyak menggunakan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang.Manakala di Malaysia carian taxi lcct,taxi klia adalah carian tertinggi dalam talian maya yang paling banyak digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan teksi seumpamanya.

Jika anda ingin berkunjung ke sesuatu tempat menarik dalam negara atau di luar negara carian airport taxi juga boleh digunakan untk mendapatkan pakej-pakej menarik dan khidmat pelancong yang disediakan.

Image

Saranan saya Jika anda inginkan perkhidmatan yang lebih efisyen dan selesa gunakanlah teksi eksekutif Innova untuk ke airport dan tempat-tempat menarik di Malaysia khasnya.

Image